DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

Aku kah wanita itu ?

Wanita itu sungguh rapuh hatinya,
walau nafsu nya lebih banyak dari akalnya yang satu..
tapi, hatinya tiada tolok bandingan bila mencintai..


Wanita itu tercipta dari tulang rusuk kaum Adam..
Lindungi dia..sayangi dia..kerna dia sebahagian dari mu..
Wanita tidak akan pernah lengkap tanpa lelaki
Lelaki jua tidak pernah akan lengkap tanpa wanita..
Saling memerlukan, saling melengkapi..
Di sebalik kejayaan seorang lelaki,
pasti ada wanita yang berdiri teguh disisinya..
menyokong dan memberi pendapat walau mungkin tidak akan diguna pakai..
tapi, dia tetap akan berdiri di situ..
menyokong mu..menyayangi mu..


Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yang indah
Ayu wanita kerana kesedarhanaanya
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh..


Carilah wanita berdasarkan agamanya
bukan wajahnya..bukan penampilannya..dan bukan juga perwatakannya..
Kerna wajah, penampilan & perwatakannya bisa kau ubah mengikut apa jua acuan yang kau mahu..
Cintanya pada agama, pada Rasul..tidak akan bisa kau bentuk semahumu..


Kerna wanita bila menyinta..hanya Allah yang tahu hatinya...



Gambar adalah sekadar hiasan semata-mata~~~~

1 comment:

Nak komen? Sila layan diri..