Bengkak lagi mata..
demi mencari rezeki lebih..
sabar jak la..
penat..letih..ditiadakan..
tapi,
lau mengantuk datang??
tidurla jawabnya...
Zzzzzzzzzzzzz...
DIIKLANKAN OLEH
KAWAN-KAWAN
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
Terkebelakang
Dunia, lajunya kau berputar. Tanpa ku sedar. Rupanya aku jauh terkebelakang. Adakah laju mu itu kerna doa-doa mereka yang bosan duduk menghadap skrin komputer setiap hari? Atau mungkin laju mu kerna masa yang pantas bergerak yang tak ingin berputar perlahan-lahan apa tah lagi berganjak kebelakang biar sepertiga saat?
Sungguh. Jauh aku dibelakang. Bukan aku tak ingin berjalan beriring dengan mereka tapi, jalan yang aku lalui jauh beza dengan jalan mereka. Jalan mereka sudah diaspal dengan tar yang licin permukaannya. Tiada kelihatan susahnya jalan mereka. Bersih. Lurus jak. Ada pohon-pohon rendang dan bunga-bunga tanah yang berwarna-warni di sepanjang tepian jalanan mereka.
Jalanan ku? Penuh liku. Simpang-siur akan kau temui di setiap perhentian. Lopak. Pohonnya pun seakan hidup segan mati tak mau. Tiada bunga-bunga berwarna-warni di tepian jalan.
Walaupun jelas jalan ku dan jalan mereka tidak sama. Namun, aku bersyukur. Aku masih ada laluan untuk dilalui. Biarlah aku terkebelakang. Biarlah. Aku redha. Kerna itu yang sudah ditentukan untuk aku. Perlahan akan aku mengorak langkah supaya aku juga bisa berjalan pantas seperti kalian. Amin.

Sunday, September 25, 2011
Life is easy !
Kawan say,
Hidup itu mudah bah kawan. Jangan lah kau mau kes complicated. Aku heran bah kenapa ramai yang suka kes sulit akan sesuatu? Makin kau kes complicated, makin jugak aku kusut bingung. Senang-senang jalan lurus ke depan, mau jugak ikut jalan belakang. Bengkang-bengkok. Lain lagi semak-samun, belalang lagi lompat-lompat sana-sini dakat kaki kau dakat muka kau. Nehh... kotoh !! Baru kau tau.
Aku juga semudah itu bah kawan. Aku ndak suka menyulitkan sesuatu. Pandai bingung aku tu. Pandai jadi bodoh aku tu. Kawan ku punya mamak cakap , "jangan suka kasi sulit urusan nak..pening kau nanti di kasi sulit balik tu urusan." Kau paham? Lama jugak baru ku paham tu. Mo kenak batang hidung sendiri baru paham kali a.
Aku sedarlah aku ni siapa. Kau tu siapa. Hidup ku macam mesin printing 10' di DY sana. Lau ko mo cantik cetakannya, kau lah yang kes cantik design nya, kau lah yang kes bagus-bagus setting machine nya. Hasilnya pasti macam apa yang kau usahakan awalnya. Begitulah aku. Macamana kau mau hasilnya, kau yang tentukan. Tapi, kalau kau sendiri ndak tau apa mau design, apa macam mau setting machine tu print balik-balik pun jelek juga hasilnya. Buang masa dan tenaga mu jak. Bukan tu jak. Kau buang karan, buang ink, buang kanvas. Sia-sia jak.
Senang kan hidup ku? Apa yang perlu, mahirkan dirimu dengan design-design yang menarik dan indah. Mahirkan dirimu dengan kendalian machine tu. Jangan kan sekali, pasti setiap kali print kanvas, hasil yang kau dapat....SUPERB !!..
Dari,
Kawan Say.
Berubah
Tak berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
Ku kira,
kehadiranku semula dalam hatimu
membawa kebahgiaan biarpun sekelumit
rupanya ku salah.
kehadiranku hanya mengundang luka lama pada dirimu dan diriku.
Andai kesedihan dan pelbagai penipuan yang terpaksa direka
demi menjaga sebuah hati,
ada baiknya aku terus hilang dari hatimu.
Aku cuma mahu kau gembira.
Gembira hatimu, gembira lah hatiku.
Namun, jelas.
Kehadiran ku tidak diperlukan lagi.
Kehadiranku cuma menambah beban dihatimu.
Bahagialah,
Gembiralah wahai dia yang sangat ku sayang.
Aku akan pergi buat selamanya dari taman hatimu.
Akan ku bawa semua luka dan derita jauh dari hatimu
biar yang tersisa hanya yang terindah
dan moga yang terpahat di hatimu
cuma kenangan gembira sebagai kenangan
dari aku yang tidak kau butuh lagi...
~~ I will always love you, before, now and forever ~~

Saturday, September 24, 2011
Joe, manusia berubah !
Warkah buat Joe.
Joe, mungkin bila kau jumpa aku suatu masa nanti, kau tak kenal sudah aku Joe. Aku dah berubah. Jauh sangat perubahan aku Joe. Jika diberi perumpamaan perubahan aku ni Joe, "bagai kan isi bumi dengan langit ke tujuh". Begitulah jarak perubahan aku Joe. Dulu dan sekarang.
Aku dulu Joe.. macam yang ko kenal tu "ganas". Bukan ganas macam dalam WWF tu. Nak smack orang jak. Ko tau la kan ganas aku dulu macamana. Kesian kamu staf DY. Jahat sungguh aku dulu kan Joe. Ada yang lambat siap keja, memang siap la kena dengan aku. Ada yang lambat datang, memang sedia la jawapan bernas tak pun kena jelingan maut ku. Hehehe.. Tapi Joe, jahat-jahat aku, aku selalu spend kamu semua makan. Biarlah sekadar makan murtabak jawa, terang bulan, pisang goreng, ubi goreng, milo cincau, bila aku ada duit lebey sikit..kamu jugaklah yang kenyang... Mesti kau rindu keropok ketam tu kan Joe.. Aku yakin dah tak da sapa nak belikan kau keropok tu. Hmm...
Aku sekarang Joe.. Mesti kau dah tak kenal. Aku tak lagi macam dulu. Asyik nak tengking orang, marah orang. Aku sekarang? Suara aku dah lembut. Perlahan. Sangat perlahan. Kadang orang malas nak call aku dah sebab ayu sangat. (@.@) bingung kejap.. >.<
Joe, manusia berubah. Aku juga manusia. Aku juga berubah, Joe. Aku harap perubahan aku ni adalah untuk kebaikan semua. Dan yang paling penting baik untuk diri aku. Aku ingat lagi Joe, seorang kawan aku pernah cakap, "Boleh tak, awak lembut sikit?" Sampai macam tu sekali Joe. Hmm...
Joe, sejak pertemuan kita yang akhir, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Aku sentiasa doakan rezeki kau terbuka luas di luar sana. Rezeki Tuhan ada di mana-mana Joe. Dan akhirnya, selepas hampir dua tahun, kau mengikut jejak ku melangkah keluar dari tempat tu. Mudahan selepas ini, rezeki kau lebih baik untuk kau dan anak bini kau... Dan aku harap kau mengerti perubahan aku ni Joe..
2009 - sila perhatikan anak panah tersebut.. !!
konsert Metalasia
Terkini
Inilah aku sekarang Joe... :)
Wednesday, September 21, 2011
Sakit kepala, pening dan PUSING.
Do you know the difference between "sakit kepala", "pening" dan "pusing" ?
* 100Plus >> tak boleh minum.ada orang marah. hmmm..
What is sakit kepala? Sakit kepala ialah bila ko rasa ko nak hantak kepala ko ke dinding. Sakit kepala yang kronik apabila migrain menyerang. Migrain pula bukannya sakit kepala biasa. Migrain ialah bila ko sakit kepala sebelah bahagian sahaja. Perasaan ko pun sama jugak, iaitu ko nak hantak kepala ke dinding. Kesimpulan, aku ada migrain sikit jak belah kanan. Hmmm..
Pusing a.k.a dizzy ialah bila ko rasa ko dah tak stabil lagi. Bukan tak stabil mental tau. Hahahahaha.. Tak stabil di sini bermaksud ko rasa ko nak tejatuh at certain time bila pusing menyerang. Sebagai contoh, bila ko bejalan, ko terasa ko nak jatuh (tiba-tiba). Orang cakap, macam nak pitam. Gitu lah senang sikit. Pusing tidak ada kaitan dengan sakit kepala. Sebab kepala ko memang tak sakit. Bila ko rasa pusing ko makin teruk, ada baiknya jumpa doktor yang sedikit pakar (bermaksud doktor di klinik. Jangan ko p hospital kerajaan macam Likas dan Luyang, dorang suma tu bengong tak layak duk di bangku tu. Punya main marah aku !!)
Pening pula is bila ko rasa sakit kepala yang mengada-ngada. Biasa terjadi bila ko banyak pikir dan tak dapat jawapan. Contoh, ko tengah cari jawapan soalan matematik ke kimia ke. Hahahhaa.. Kepala pun boleh sakit tau. Ni kena makan panadol.
All i've been suffering these few weeks is "pusing". Bila orang tanya aku, "Sakit pe?". Aku jawab lah "Pusing". Terus dia cakap, "berapa kali pusing?" <<< sakit ati !!.. sekarang dia dah tau beza nya kan..Jangan lepas ni dia tanya aku lagi "Berapa kali?"..aku gasak dia nanti.. !!!!
Thanks to him jugaklah yang paksa aku pegi cek hari ni. Akhirnya aku tau, sebenarnya the level of dizzyness yang getting stronger each day ni adalah disebabkan oleh masalah pada usus aku. Doktor yang hebat dan baik hati di sebuah klinik swasta di Inanam bagitau aku yang usus aku dah terkena jangkitan kuman. Dia cakap usus aku tak sama dengan usus orang lain. (Istimewanya usus aku!!! hmmm....) Dia suruh aku berpantang selama seminggu. Semua tak leh makan. Benda yang aku boleh makan dalam seminggu ni hanyalah:
* bubur kosong
* nasi
* sayur
Tadi makan tengahari, menu ialah ikan bakar dan sup sayur. Dengan penuh sopan santun aku meminta ihsan mak, nak rasa sikit ikan tu. Mak buat tak dengar. Minta sampai 5 kali, baru mak letak isi ikan bakar di sudu aku sesaat kemudian mak ambil balik isi ikan tu. :( Hampehnya.. "Asal rasa" mak cakap. Sadis sungguh... Bayangkan bagaimana dinner ku for this one week??? Macam mo gila ooo...nampak depan mata tapi tak boleh makan. What a life??. Sabar..sabar la wahai hati wahai iman...
Doakan aku bisa kembali normal ya? Sedih ni..ingat nak puasa 6. Nampak gaya tak dapat la ni. :( so sad.
Sunday, September 18, 2011
Yes ! Aku mimpi ular.
Salam minggu...muahhh...
Mood : happy sgt2...sebab:
1) Fully recoved from sakit yang membingungkan.
2) Mimpi ular yang sangat lah melucukan.
Cerita satu.
16th September..the day that i've been wating for weeks..sebab mlm tu my lovely baby alya and my parents balik kk...at last...hmm..lama benor dorang di Tawau...hmmm.. Hari tu, aku penat sangat2...siang tu kemas uma berabis la..tau la org keja ni...5 hari keja jak...sabtu ahad baru ada masa kemas2...dari pagi sampai noon tau...sempat dengar azan zohor lagi...hmmm...penat sangat...suma da bekilat2 tau....so, breakfast kompim2 aku dah skip...
siap ja kemas uma, g mandi...pastu baru cari mamam..dah penat sangat...akhir2 makan maggie telur je la..huhu..and then...duk bilik nonton lagi...hmmm...petang kull 5 cam tu...ajak abg g pasar beli ikan..nak masak tuk mak..then, abg ajak g kk sekali..jln2...huhuhu...Jln2..makan kepsi pulok...ish..tak sedap sungguh fries kepsi...mungkin dah besa makan fries McD...hmmm..
Kul 11 lebih baru kami suma sampai uma...syukur. Alya da kurus..mungkin sebab dah nak stat jalan..kuruskan badan...Rupanya mak dah beli sayap ayam dari Tawau...hmmm..banyak pulak tu...so, makan ayam lagi...eeeyaaakkk....walau apapun aku makan jugak sebab sedap..hmm..
Dijadikan cerita, pagi 17th tu...aku sakit yang pelik...bangun jak terus rasa nak pitam..mcm darah tinggi pun ada..seramnya bila rasa semua barang begerak sendiri..huhuhu..so,aku p jugak la hospital likas yang sangatlah comel dan ensem...dresser a...suma lelaki...huihsss..penat ja menunggu..rupanya tiada doktor..dresser jak..he has no idea apa sakit aku...eeee..geramnya.....balik ja uma..aku mengamuk...sebab di paksa g hospital and tak jumpa doktor pun...dapat ubat dari dresser tu ubat bengong2...harap muka ja lawa...hmmm..
Okay cerita dua.
Semalam kan..kuarga dari Beaufort datang..so, ada masak2 skit...cian mak masak sorang2..aku baring ja di atas..tapi, petang tu aku turun gak tolong kemas2 sikit..sedia piring dan gelas.. Malam tu, aku nonton Hantu Bonceng dari skype dengan my friends with benefit... :) best a cerita tu..aku nak tengok lagi... Bagi nanti ya...?
Dalam kul 1 lebih la tido semalam...Cerita mimpi tu.. aku ada aktiviti di sungai tau..ntahla dengan sapa tapi best mandi2 sungai..Tiba2, ada ULAR belit aku dari belakang !!! Ular tu dah la ular sawa, besar, GENDUT, huhuhu...takot nyaaaaaa.....
Then, dengan berani nya..aku tangkap ular tu...aku buang isinya...then aku jahit kulit dia buat perhiasan !!! THE END.
Hahahahahahaha...bengong sungguh ending mimpi tu kan? Tu buat aku senyum sorang2. Awal tu ok.. siap belit dari belakang. Ending tu lawak..kan22?.. :)
Cerita plus about mimpi ular ni. Mak aku tekejut bila aku cerita pasal ular yang belit aku tu. Mak cakap, "berapa malam lalu, mak pun mimpi ular !!! Sampai tebangun mak takut dengan ular tu !!" Haaaaa..... seramnya..mak pun mimpi ular... Huhuhu.. sampai seru aku dah ke? Adam dah jumpa aku? Huhuhuhu.. Sapa Adam aku tu? Ensem tak? :) Aku terima Adam aku apa pun dia... Lama aku tunggu dia.. Datang lah Adam, hiasi hari-hari ku yang sunyi... Terangkan hatiku dengan cahaya iman mu..
Habis cerita. :)

Friday, September 16, 2011
Ku Redha
Dalam sayup-sayup keredupan senja yang hening,
hatiku terusik lagi..
Kali ini lebih dalam dan sayu.
Ingin ku sembunyi segala kesedihan dan kesayuan hati
dari pandangan semua..
Biarlah aku terus sendiri,
menjalani hidup sendiri..
Namun, apa yang pasti,
zahir yang kelihatan pada ku
adalah kegembiraan yang ku reka khas buat semua
agar tiada siapa tahu apa yang terbuku di hati.
Andai ini lah jalan yang diberikan Pencipta untukku,
akan ku jalani dengan penuh ketabahan..
akan ku ajar hati dan jiwa ku untuk menerima segala ketentuan Nya
dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran..

Sunday, September 11, 2011
Tawau Bumi Bertuah
Berdasarkan tajuk, pasti korang pikir aku nak cerita pasal sejarah Tawau kan? But, hell no. Will talk about something different. I think orang Tawau should read this. Ahaks... :)
Asalku, Tawau. Keturunanku juga asal Tawau. Malah tembuniku juga ditanam di Tawau. Maka, ke sana ke mari ada saja dikenal. Berhijrah hampir 2 tahun di kota raya Kota Kinabalu membataskan kejauhan antara aku dan Tawau. Oleh yang demikian, kiranya pengamatanku pada perubahan Tawau lebih tepat berbanding mereka yang masih menetap di Tawau.
Setahun bukan jugalah sekali aku balik ke Tawau, mungkin 2-3 kali begitu. Kepulanganku hampir 2 minggu di Tawau baru-baru ini membuatkan aku jelak berada di Tawau. Hampir tidak ku kenali lagi Bumi Tawau. Kenapa aku berkata demikian?
Dulu, Tawau walau kecil kawasan bandarnya namun tidaklah sesesak Tawau kini. Berjalan ke bandar (atau dulu-dulu zaman sekolah rendah orang cakap berjalan ke Tanjung) sama seperti kau berjalan di satu daerah sesak di Indon atau mungkin di pulau-pulau berdekatan Tawau. Sana-sini kedengaran bunyi-bunyi pertuturan manusia yang seakan-akan dialek Indon keseluruhannya!! Apa Tawau ini Indon ka? Aku bukan anti Indon tapi, agak-agakla ba bila bertutur di khalayak ramai, bukan lagu-lagu Bone' ka Andrekan ka yang dikuatkan tapi Sabah secara amnya ba.
Yang tambah sakit hatiku, bercakap ndak lulus Bahasa Melayu ada hati pohon MyKad konon warganegara. Aku rasa sudah sampai takat genting ni kerajaan kuatkuasakan atau ketatkan syarat kelayakan punya MyKad dengan mendengar pertuturan mereka sebelum diluluskan. Jangan cakap lah golongan-golongan "seberang" ni, ada satu bangsa lagi yang perlu dipersoalkan, (I tak nak la cakap bangsa tu..karang di cop racist la pulak..tapi, kalau dorang yang racist..bole pulak !!!...hamkachan betolll.. !!) patutkah golongan ini mempunyai MyKad bila berkomunikasi jelas-jelas menyatakan "I don't speak Malay". Bila tengok IC, MyKad jugak.. Adedede..ingatkan dari Canada ka, dari Australia ka. Even orang Swedish di pejabat aku pohon bertahun-tahun di pejabat Imegresen sana mo jadi warganegara. Ko apa hal ndak mo mengaku asal Malaysia? Bingung aku.. (@_@)
Back to Tawau. Memang hebatlah Tawau. Bulatan kecil ditengah-tengah bandar di mana kenderaan boleh berhenti sesuka hati bagi peluang kepada pejalan kaki untuk melintas !! Kau ada?? Nehh... Panduan memandu di Tawau, kenderaan yang takut sama pejalan kaki ya.. Please take note. Kalau ndak, salah-salah ko langgar anak makcik Kiah di Pasir Putih sana. Free-free ko diganyang orang.
Yang hebatnya Tawau, bandar keci ni semakin membangun. Sapa setuju? Angkat hidung.. Membangun ya lah membangun. Ada Big Apple, soon McDonald di Giant sana. Tapi, letak kedai-kedai tumpuan ni di tengah-tengah bandar yang kian mengecil tu. Ndak ka tambah sesak jalan raya yang juga kian mengecil tu? Aku ingat a... sepanjang aku membesar di Tawau, macam tidak ada jalan baru ba di bandar tu. Itu-itu jugak lah jalannya. Apa lah salah nya bukak bandar baru macam Bandar Sri Indah tu? Kurangnya BSI tu teda bank kali a. Ndak apa ko sabar jak BSI.. 5 tahun lagi ko pasti juga dilanda pembangunan.
Masalah seterusnya Tawau ialah pemikiran manusianya. Lau mo dekat raya, ko p lah belanja di Servay lau ko berani. Parking atas divider ba kancil. Ko ada?? Nehhh... Luasnya la ba parking lot di Giant sana. Ada lagi parking atas bangunan di Eastern Plaza, tetap jugak berpusu bah manusia ke Servay. Takut jak aku runtuh bangunan tu. Ini lah minda manusia di Tawau. Kesian orang yang buka kedai di Eastern Plaza tidak laku jualannya. Malah ada yang terus ditutup selepas hanya beberapa bulan dibuka. Semuanya sebab kurang pengunjung. Mungkin jugaklah orang malas ke Eastern sebab jauh. Emm..ya lah tu jauh.
Masalah pencemaran jangan cakap lah. Aku rasa, bandar Tawau lah pemenang dalam pencemaran ludah di tepi-tepi jalan di bandar tu. Sampai bila lah manusia di sana mo sedar bahawa 1 ludahan yang dorang buang di atas jalan raya tu, menambah makian dihati orang lain yang berkesedaran sivik ?. Cuba ko bejalan lah area Kompleks Tanjung sana, kira berapa ludahan yang ko boleh jumpa? Ko ada?? Nehhhhh.... Sia-sia jak kempen kesedaran yang MPT buat pasal kempen "Aku Anti Kutu Sampah" !!! Bangang tahap dewa dorang yang suka beludah tu.. Tuiiihhh.. Bagus ku ludahkan mukak dorang balik, kan? Mo di kes rasa dorang ni bahawa ludah itu adalah jijik. Benda yang jijik harus dibuang ditempat yang betul seperti mangkuk tandas dan juga di kawasan yang ada pergerakan air dalam sistem pembuangannya juga ditempat pembuangan yang sudah disediakan.
Bagi pekerja yang berjawatan perancang bandar Tawau tu..bukak-bukaklah mata tu lihat apa masalah sistem jalan raya di Tawau. Kadang malu aku mo ajak kawan-kawan untuk bercuti di Tawau. Takut ada yang hilang nyawa akibat sistem jalanraya yang superb tu.
Aku harap lah 3 tahun akan datang, Tawau akan betul-betul membangun bukan sahaja pembangunan fizikal tetapi juga penting pembangunan mental penduduk Tawau keseluruhannya. Kerna aku juga asal Tawau, bahasaku melambangkan asalku. Doa ku Tawau akan berubah akhirnya.
gambar ehsan : http://www.facebook.com/tawaurian dan
http://www.facebook.com/aluucard.hayabusha
p/s: best jugak ada fb, bole copy picture yang cantik2 dari cari di google,kan2? :) halal aaa.. ngengenge..

Sayang ko Tawau. !!
http://www.facebook.com/aluucard.hayabusha
p/s: best jugak ada fb, bole copy picture yang cantik2 dari cari di google,kan2? :) halal aaa.. ngengenge..
Friday, September 9, 2011
Melangkah
Wahai hati dewata cinta terindahku,
berhentilah untuk mencari kedamaian yang tiada pasti,
kerana nyata damai itu bukan milikmu kala ini..
Wahai hati nan satu,
belajarlah untuk mengorak langkah yang lebih jitu dan teguh,
bukan untuk siapapun,
hanya untuk mereka yang berhak padamu,
untuk mereka bahagia kerana ada kamu insan teristimewa..
Biarlah langkah itu kiranya mula dicorak kini,
dari kau corakkan sepurnama kelak,
pasti langkah itu lewat sepurnama..
Andainya unggas-unggas juga lalang-lalang mula mempersoalkan dan mempelekehkan langkah mu,
semat saja dihatimu yang tulus itu,
semuanya hanyalah suatu doa yang ikhlas untuk kamu lebih gagah melangkah
dan sudah pasti doa yang ikhlas dari hati dan mulut mereka didengar oleh Dia yang Maha Pencipta..
Wahai kamu yang sungguh istimewa,
ketahuilah bahawa di dunia ini,
kamu hanya ada satu tiada duanya, tiada taranya.
Arakian,
melangkahlah dengan penuh keyakinan kerana kamu cukup indah,
juga melangkahlah dengan penuh tawaduk kerana kecintaanmu pada Dia yang Maha Melihat serta Maha Mengetahui..