DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 9, 2011

Melangkah

Wahai hati dewata cinta terindahku,
berhentilah untuk mencari kedamaian yang tiada pasti,
kerana nyata damai itu bukan milikmu kala ini..

Wahai hati nan satu,
belajarlah untuk mengorak langkah yang lebih jitu dan teguh,
bukan untuk siapapun,
hanya untuk mereka yang berhak padamu,
untuk mereka bahagia kerana ada kamu insan teristimewa..

Biarlah langkah itu kiranya mula dicorak kini,
dari kau corakkan sepurnama kelak,
pasti langkah itu lewat sepurnama..

Andainya unggas-unggas juga lalang-lalang mula mempersoalkan dan mempelekehkan langkah mu,
semat saja dihatimu yang tulus itu,
semuanya hanyalah suatu doa yang ikhlas untuk kamu lebih gagah melangkah
dan sudah pasti doa yang ikhlas dari hati dan mulut mereka didengar oleh Dia yang Maha Pencipta..

Wahai kamu yang sungguh istimewa,
ketahuilah bahawa di dunia ini,
kamu hanya ada satu tiada duanya, tiada taranya.

Arakian,
melangkahlah dengan penuh keyakinan kerana kamu cukup indah,
juga melangkahlah dengan penuh tawaduk kerana kecintaanmu pada Dia yang Maha Melihat serta Maha Mengetahui..


2 comments:

  1. Aku mohon pada Allah yang Satu..
    Dikuatkan serta dicekalkan hatiku yang rapuh untuk mengharungi hidupku yang kian bergelora dan sunyi ini...AMin...

    ReplyDelete

Nak komen? Sila layan diri..