DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 11, 2011

Tawau Bumi Bertuah

Berdasarkan tajuk, pasti korang pikir aku nak cerita pasal sejarah Tawau kan? But, hell no. Will talk about something different. I think orang Tawau should read this. Ahaks... :)

Asalku, Tawau. Keturunanku juga asal Tawau. Malah tembuniku juga ditanam di Tawau. Maka, ke sana ke mari ada saja dikenal. Berhijrah hampir 2 tahun di kota raya Kota Kinabalu membataskan kejauhan antara aku dan Tawau. Oleh yang demikian, kiranya pengamatanku pada perubahan Tawau lebih tepat berbanding mereka yang masih menetap di Tawau.

Setahun bukan jugalah sekali aku balik ke Tawau, mungkin 2-3 kali begitu. Kepulanganku hampir 2 minggu di Tawau baru-baru ini membuatkan aku jelak berada di Tawau. Hampir tidak ku kenali lagi Bumi Tawau. Kenapa aku berkata demikian?

Dulu, Tawau walau kecil kawasan bandarnya namun tidaklah sesesak Tawau kini. Berjalan ke bandar (atau dulu-dulu zaman sekolah rendah orang cakap berjalan ke Tanjung) sama seperti kau berjalan di satu daerah sesak di Indon atau mungkin di pulau-pulau berdekatan Tawau. Sana-sini kedengaran bunyi-bunyi pertuturan manusia yang seakan-akan dialek Indon keseluruhannya!! Apa Tawau ini Indon ka? Aku bukan anti Indon tapi, agak-agakla ba bila bertutur di khalayak ramai, bukan lagu-lagu Bone' ka Andrekan ka yang dikuatkan tapi Sabah secara amnya ba.

Yang tambah sakit hatiku, bercakap ndak lulus Bahasa Melayu ada hati pohon MyKad konon warganegara. Aku rasa sudah sampai takat genting ni kerajaan kuatkuasakan atau ketatkan syarat kelayakan punya MyKad dengan mendengar pertuturan mereka sebelum diluluskan. Jangan cakap lah golongan-golongan "seberang" ni, ada satu bangsa lagi yang perlu dipersoalkan, (I tak nak la cakap bangsa tu..karang di cop racist la pulak..tapi, kalau dorang yang racist..bole pulak !!!...hamkachan betolll.. !!) patutkah golongan ini mempunyai MyKad bila berkomunikasi jelas-jelas menyatakan "I don't speak Malay". Bila tengok IC, MyKad jugak.. Adedede..ingatkan dari Canada ka, dari Australia ka. Even orang Swedish di pejabat aku pohon bertahun-tahun di pejabat Imegresen sana mo jadi warganegara. Ko apa hal ndak mo mengaku asal Malaysia? Bingung aku.. (@_@)

Back to Tawau. Memang hebatlah Tawau. Bulatan kecil ditengah-tengah bandar di mana kenderaan boleh berhenti sesuka hati bagi peluang kepada pejalan kaki untuk melintas !! Kau ada?? Nehh... Panduan memandu di Tawau, kenderaan yang takut sama pejalan kaki ya.. Please take note. Kalau ndak, salah-salah ko langgar anak makcik Kiah di Pasir Putih sana. Free-free ko diganyang orang.

Yang hebatnya Tawau, bandar keci ni semakin membangun. Sapa setuju? Angkat hidung.. Membangun ya lah membangun. Ada Big Apple, soon McDonald di Giant sana. Tapi, letak kedai-kedai tumpuan ni di tengah-tengah bandar yang kian mengecil tu. Ndak ka tambah sesak jalan raya yang juga kian mengecil tu? Aku ingat a... sepanjang aku membesar di Tawau, macam tidak ada jalan baru ba di bandar tu. Itu-itu jugak lah jalannya. Apa lah salah nya bukak bandar baru macam Bandar Sri Indah tu? Kurangnya BSI tu teda bank kali a. Ndak apa ko sabar jak BSI.. 5 tahun lagi ko pasti juga dilanda pembangunan.

Masalah seterusnya Tawau ialah pemikiran manusianya. Lau mo dekat raya, ko p lah belanja di Servay lau ko berani. Parking atas divider ba kancil. Ko ada?? Nehhh... Luasnya la ba parking lot di Giant sana. Ada lagi parking atas bangunan di Eastern Plaza, tetap jugak berpusu bah manusia ke Servay. Takut jak aku runtuh bangunan tu. Ini lah minda manusia di Tawau. Kesian orang yang buka kedai di Eastern Plaza tidak laku jualannya. Malah ada yang terus ditutup selepas hanya beberapa bulan dibuka. Semuanya sebab kurang pengunjung. Mungkin jugaklah orang malas ke Eastern sebab jauh. Emm..ya lah tu jauh.

Masalah pencemaran jangan cakap lah. Aku rasa, bandar Tawau lah pemenang dalam pencemaran ludah di tepi-tepi jalan di bandar tu. Sampai bila lah manusia di sana mo sedar bahawa 1 ludahan yang dorang buang di atas jalan raya tu, menambah makian dihati orang lain yang berkesedaran sivik ?. Cuba ko bejalan lah area Kompleks Tanjung sana, kira berapa ludahan yang ko boleh jumpa? Ko ada?? Nehhhhh.... Sia-sia jak kempen kesedaran yang MPT buat pasal kempen "Aku Anti Kutu Sampah" !!! Bangang tahap dewa dorang yang suka beludah tu.. Tuiiihhh.. Bagus ku ludahkan mukak dorang balik, kan? Mo di kes rasa dorang ni bahawa ludah itu adalah jijik. Benda yang jijik harus dibuang ditempat yang betul seperti mangkuk tandas dan juga di kawasan yang ada pergerakan air dalam sistem pembuangannya juga ditempat pembuangan yang sudah disediakan.

Bagi pekerja yang berjawatan perancang bandar Tawau tu..bukak-bukaklah mata tu lihat apa masalah sistem jalan raya di Tawau. Kadang malu aku mo ajak kawan-kawan untuk bercuti di Tawau. Takut ada yang hilang nyawa akibat sistem jalanraya yang superb tu.

Aku harap lah 3 tahun akan datang, Tawau akan betul-betul membangun bukan sahaja pembangunan fizikal tetapi juga penting pembangunan mental penduduk Tawau keseluruhannya. Kerna aku juga asal Tawau, bahasaku melambangkan asalku. Doa ku Tawau akan berubah akhirnya.

Sayang ko Tawau. !!




gambar ehsan : http://www.facebook.com/tawaurian dan
http://www.facebook.com/aluucard.hayabusha

p/s: best jugak ada fb, bole copy picture yang cantik2 dari cari di google,kan2? :) halal aaa.. ngengenge..

6 comments:

  1. hah. betul tu. perasan tak,asal balik jer dari bandar tawau nie mesti badan panas semacam? hawa dia tu lain. hehehhee..walau apapun aku pun budak tawau jugak bha..

    ReplyDelete
  2. kesian tu bandar BSI. memang terlampau bah fikiran penduduk tawau ni. membeli rumah tapi ndak di tinggal. cuba buka servay di sana satu. kalik baru boleh hidup dorang tinggal di BSI sana.

    ReplyDelete
  3. tawau dan servay tidak bisa d pisah kan..hahaha..
    mudahan la berubah ya..4 sure, aku tak nak da jejak kaki d sana...huhu...so long tawau...

    ReplyDelete
  4. banyak2 McD, McD Tawau paling hancur.. Beli set Family Box!! dikira pulak air lain2 bill. kiraan dia begini 3 MCoke RM8.10 dan 1 Dinner-BoxA Rm22.80. Campur Tax semua berjumlah RM32.75... bukan ka dinner boxA termasuk set minuman jugak.. tiada yang perasan harga ni... pastu siap tanya set mau set large ka?? adoiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astagaaaaaa..buat ba komplen. Salah kiraan dorang tu..takkan la bisa len2 kiraaan.. Kk sekali minuman ba.... Ada2 sak tawau ni...aku cuti jap d tawau ada kenduri. Jd jumaat aku jln2 d eastern.. Punyalaaaa..teda sound. Yg ku dgr bunyi tapak kaki org jak.. Pening aku.. :(

      Delete

Nak komen? Sila layan diri..