DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 30, 2011

Mood : Malu ka riang ?

Mmmm...  pendek jak entry kali ni.

"Sayang dengkur merdu"

Hahahahaha... Mulau !!! Nyesal ndak mute mic.. :)


Thursday, April 28, 2011

Hospital Luyang, Kota Kinabalu





Hmmm...hari ni aku dipaksa mamak ku pegi Hospital Luyang atas sebab mata ku yang kena infection awal subuh... Ntah how come la my eyes belah kanan boleh kena infection? Nak kata kena kencing lipas..no lipas in my house oo...


Dijadikan cerita...Hospital ni hmmm..macam langit dengan bumi jak pebandingannya dengan hospital tawau... Serius aku cakap ni.. Tandas kotor.. Ruang menunggu gelap.. TV banyak jak begantung tapi ndak ada siaran.. Kerusi menunggu hangkang.. Memang teruk la.. Masa menunggu jangan cakap la.. Punya la lama... Hayyoo.


Tapi, apa yang aku mocakap sini kan satu sak ba sebenarnya.. Tempat parking kereta ooo... Ada la tempat parking tapi 20 kereta jak bole parking.. Apa la.. Ngok betul.. Oleh sebab tiada tempat parking so, orang pun parking la atas sidewalk di depan jalan tu kan.. Bukan halang laluan pun.. Napa jugak DBKK mau saman semua oo??? Bengong betul.. Sudah la salah dorang buat hospital kecik tiada tempat parking ni mau saman orang pulak??? Nonsense betul...


Hopefully la ada pihak yang baca luahan blogger kicai macam aku ni untuk diambil tindakan.. Kesian ba tu orang yang kena saman.. Aku tak ya.. Korang bayangkanlah.. Tengah sakit kepala nak mampus nak cepat jumpa doktor tiada parking lagi.. nampak space ndak diguna orang parkinglah cepat-cepat.. Bagus tu dia parking daripada diletaknya jak ketanya d jalanan... Pikir-pikirkan dan renung-renungkan... Selamat beramal...



Tuesday, April 26, 2011

They just don't know how to handle me


Are you lying?
Just like the others' lied to me?
Is this some kind of jokes to you?
Playing with my heart?

Why you become so coward?
Why don't you become
the man that i desire?
the man that i adore?

Is it too hard to handle me?
Is it too hard to make me happy?
Did i asked too much to you?
Did i ever hurt your feeling?

If i ever did wrong to you
Please forgive me
I never meant to hurt anyone
especially you..
Because your so dear to my heart..
Somehow somewhere deep inside me,
i'm just a lil girl who need you to love me.
That's all. Nothing more. Nothing less.



Selamat Hari Jadi Nazaku~~



Aku sangka aku pandai sebab aku punya degree
Aku sangka aku cantik sebab aku punya rupa
Aku sangka aku hebat sebab aku punya pengalaman
Aku sangka aku ramah sebab aku banyak kawan
Aku sangka aku alim sebab aku 5 waktu
Aku sangka aku kaya sebab aku ada harta
Aku sangka aku sihat sebab aku cergas


Bersangka-sangka la wahai hati 
Bersangka-sangka la wahai jiwa
Bersangka-sangka la wahai akal


Lupa kah kau semuanya hanya sementara
Lupa kah kau bahawa orang lain juga ada yang lebih ada yang kurang??


Punya degree tidak bermaksud kau pandai
Punya rupa tidak bermaksud kau cantik
Punya pengalaman tidak bermaksud kau hebat
Punya ramai kawan tidak bermakna kau ramah
Punya 5 waktu tidak tunjuk kau alim
Punya harta tidak bermaksud kau kaya
Cergas tidak bermakna kau sihat


Pandai tidak diukur dengan degree
Cantik tidak diukur dengan rupa
Hebat tidak diukur dengan pengalaman
Ramah tidak diukur dengan ramai kawan
Alim tidak diukur dengan 5 waktu
Kaya tidak diukur dengan harta
Sihat tidak hanya diukur dengan kecergasan


Semuanya milik Nya..kau hanya diberi kesempatan memilikinya sebentar cuma
Maka, hargainya dan gunakan dengan sebaik-baiknya..


Ucapan demi ucapan aku terima di wall facebook ku..
Berbanyak terima kasih pada semua yang sudi memberi ucapan pada ku..

25 April 2011
genap usia ku yang ke 28 tahun

masih aku terkesima kerana situasinya tidak ubah seperti yang ku alami setahun yang lalu..
namun, aku tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang dari yang Maha Esa untuk terus menjalani kehidupan di Bumi Nya bukan untuk aku bersuka-suka tetapi untuk aku menambah ilmu didada dan terus mencari keredhaan Nya..

Semoga tahun ini,
aku punya perubahan yang dinanti-nantikan semua...

Mak yang tersayang masakkan aku masakan yang dia sendiri lupa apa nama masakkannya sebab dia baru tengok di rancangan memasak Chef Wan..sangat-sangat sedap..terima kasih mak..aku tidak perlu hadiah aku cuma perlu restu mu atas apa jua yang anakmu lakukan dan pilih.


Bukan tidak mampu beli kek, tapi, tahun ni aku tidak perlukan nya...Kak ipar da keluar semalam nak belikan, tapi aku menolak..sorry Na, i've just lost interest to eat cake on my birthday this year.. :)


~~~ AMIN YA RABB ~~~

Sunday, April 24, 2011

Demokrasi Digital Di Malaysia



Hai blogger suma...Hari ni aku bangga jadi blogger di Malaysia ni.. Kamu? ndak bangga? Tau ka anda bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai blogger yang rajin blogging? Ini fakta bukan auta ok.. PM Najib sendiri yang cakap ya..


Aku tertarik dengan satu tajuk di Berita Harian hari ni.. kamu bacalah ya.. but this issue, i will talk later.. tiba2 mengantuk..huhuuhuhh...



Kerajaan tidak takut hadapi pandangan penulis blog: PM


2011/04/24

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.



"Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita," kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini, hari ini.
Turut hadir, penaung Blog House Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Najib berkata, era "kerajaan tahu semuanya" sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

"Tapi, kita perlu wujudkan garis sempadannya; jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal-hal separuh benar, ia suatu perbuatan yang tidak betul. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa perlu ada garis sempadan yang tidak boleh kita langgar," kata beliau.

Najib berkata, sekiranya penulis blog tidak melampaui garis yang ditetapkan, beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan ASEAN. 
Kata beliau, kerajaan yang memerintah bukan saja dicabar oleh gerila dan tentera upahan yang dilengkapi pelbagai senjata canggih, tetapi juga oleh askar siber yang melancarkan peperangan virus melalui pengunaan papan kekunci dan pad kekunci serba canggih serta telefon pintar seperti yang dapat dilihat dalam perang "Twitter" di Iran dan Revolusi "Facebook" di Mesir.

"Kita juga antara peminat Facebook paling tegar - terdpat 10.1 juta pengguna FB. Saya berani mengatakan bahawa Malaysia memiliki sfera blog paling meriah di dunia dan sememangnya yang cukup bebas, walaupun mungkin bukanlah yang paling bebas.

"Sekali lagi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir tentang hal ini. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Koridor Raya Multimedianya, Tun berjanji kepada dunia, Malaysia tidak akan menapis kandungan Internet. Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu; kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya.

Najib berkata, beliau yakin Internet adalah enjin bagi pertumbuhan ekonomi serta portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.

"Ini terpakai bagi semua masyarakat, malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan.

"Media sosial, blogging dan microblogging, mampu merapatkan hubungan antara negara kerana untuk julung kalinya dalam sejarah manusia, orang boleh berkomunikasi antara satu dengan lain secara tepat masa dan tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk mendapatkan surat," katanya.

Persidangan dua hari itu, yang bermula semalam dengan tema "Blogging Mindfully and Responsibly", dianjurkan Blog House Malaysia. 

Persatuan ini menyediakan platform yang memiliki mekanisme defensif bagi melindungi golongan penulis blog yang menghasilkan tulisan tentang Malaysia dan yang berpusat di Malaysia.

Matlamat persidangan ini adalah untuk menghimpunkan penulis blog dari rantau Asean dan mengetengahkan kekangan yang mereka hadapi serta rintangan yang mungkin mereka alami dalam menangani pelbagai isu. - BERNAMA

Mari sihatkan badan semua ~~



Hey all bloggers...Sori lama ndak update kinna busy...ya ka busy? hehehehe.. Yup i am a lil busy with something... Entri kali ni is about new activity that i did yesterday (lambat nak update)  but, ok la tu kan lambat sehari jak... Hmmmm.. Seperti tajuk entri nya, aktiviti saya kali ialah 

JOGING time....betul ka ejaan saya tu? Hehehehe..

Apa pun, memang best la joging di mana ya? Hmm tengok gambar di bawah u all bole tau ka di mana? Hmmm...kali ni abg saya yang gundut tu ajak pegi jalan-jalan di sinsuran sambil merembat sehelai dua tudung baru..hehehe..comel2..nti saya pakai saya show korang ya..mana la tau ada yang berkenan nak jugak sehelai kan? nanti bole tanya saya belinya di mana..Hehehehe..

Back to my story..Yes..korang betul aku joging di Perdana Park, Tanjung Aru...

Memang untung la mika2 yang tinggal di area Tanjung Aru ni...jeles sungguh..tempat ni dengarnya dibina dengan kos hampir puluhan juta..memang berbaloi-baloi la...cantik, segar, nyaman, bersih, indah, wangi, hmmm..apa lagi ya..serba serbi la okay.. cuma ada ada beberapa alat sukan yang dah broken la..hmmm..ganas jugak lah orang-orang kk ni..hehehe..

Cakap pasal bersihnya tempat ni..saya letak baju tukar saya di lantai tandas tau....sangat2 bersih...dan wangi..never berada dalam tandas awam yang sangat lah bersih d kk ni..

Apa yang menarik Perdana Park ialah ada tiga laluan untuk berjoging..Laluan pertama warna merah..ni sedap untuk kaki..lembut jak..mcm balapan di trek..hmmmm..terasa seperti olahragawan berlari di atasnya..hehehhe.. laluan kedua is jalan bertar..keras..sakit kaki...(mungkin sebab kasut ndak best sangat huhuhu..mau beli baru la ni..hmmm..) dan laluan ketiga berbatu2..ya ka ya? hmmm..batu kecil2 la..cantik jg.. tapi paling best, lepas penat berlari2..boleh buka kasut dan berjalan2 diatas batu kelikir yang disusun indah di tepian kolam besar tu..sepanjang kolam tu la laluan bati kelikir ni..hmmm perit jugak kaki..hmmm.byk internal sakit kali ya.hahahahha...

Musical fountain pun ada tapi belah malam ja la..time opening park ni, besar-besaran tau..ndak silap PM Najib yang datang rasmi..ada penjunjung yang ambil video dan upload di youtube..nanti aku bagi link dia..Musical fountain ni cantik..korang tengok la sendiri ok..

Apa pun, hari ni baru terasa ada sakit sikit kaki aku..hmmm...berabis aku lari di semua laluan sambil bersms dgn kawan baru..hihihihi..lepas penat berlari, aku sempat baring dan meluruskan tulang belakang di bangku yang bersih itu.. mmmm.. nyaman nya perasaan bernafas dengan udara yang bersih sambil memandang indahnya langit hari tu...Allahuakbar...

So, marilah kita sama2 tambah aktiviti sihat ni dalam diari seminggu..hehehe..kan bagus kalau masa bekerja ku 8-5..boleh la aku joging pas keja di Perdana Park... ni balik keja kul 6 tergesa-gesa balik uma dan perform Maghrib..hmmmmm.. apa yang sakit hati, tempat keja ku 5 minit jak dari perdana Park ni... huhuhuhuhu...





Sunday, April 17, 2011

Sayang, i love you.

"Sayang, abang tido dulu.

i love you.."

Wahhhhh.. of couse i would say..............

"I love you too...." immediately !!!


P/S : Gambar tiada kena mengena dengan entri !! 

Saturday, April 16, 2011

Oldies nya ku rasa

Hari ni aku bosan yang teramat tatkala bf maya ku rusak modemnya ndak bule online.. jadi aku memutuskan untuk BLOGWALKING di WSBer... tapi, memang ok la WSB ni tau..sennag jejak blog2 sabahan.. Syabas WSB !! ndak sia-sia aku join..


Napa aku cakap "Oldies nya ku rasa" seperti tajuk entri kali ni?? Hahahhahhahhaa..setelah bertahun2 jadi blogger ni, hari ni dalam sejarah la baru ku tau yang blog ku antara yang teroldies AKA out dated. Hahahahhahaha.. Bila aku tinguk2 blog blogger yang lain ni kan..behhhh.... ndak cukup kiri dan kanan di letak lagi ba di side2 pop out shout la..bla2 la... hmmmm... (@_@) tambah bingung aku bha..hehehehhe...


Jeles memang aku ada jeles la.. tapi kan, mmmm.. pegal jugak menunggu abis loading... hayyooo..  berat oo amoi ! acai !... di tambah lagi canggihnya blog dorang ni.. mencari2 bah aku mana button follow ni? adeiiii.. rugi nya ko joe.. ndak sempat abis aku baca blog korang maka ndak sempat la aku follow..hmmm.. sabar la ya..






Friday, April 15, 2011

Dating online tahap tertinggi


Mesti kamu semua pernah online kan? (Mestilah sbb tengah baca blog aku ni !!) Tapi, pernah kah anda mendengar atau mengetahui mengenai online dating tahap tertinggi? Buat permulaan mari aku terangkan asas dia dulu.

Asas kepada online dating ialah:

1) Internet
2) Laman sosial
3) Teman (gf / bf maya korang)

Haa...tu dia. Now kita cerita peringkat online dating ni pulak. Peringkat pertama ialah saling mengomen status masing2. Pada tahap ini, anda haruslah selalu online, update status dan rajin baca status org. Tau la masa sekolah dlu korang adalah antara murid dann pelajar yang malas membaca, haa..bila dah online begini baru korang rajin membaca kan? haaa..baca kau situ...

Peringkat kedua, ialah add si dia di akaun mesengger anda tak kira lah yahoo ka, msn ka, skype ka.. Yang penting both party ada akaun ok. Pada peringkat ni, masa akan menjadi pendek sikit untuk menunggu respon si dia. Maka, banyak lah benda yang akan diceritakan dan dikongsi bersama kan?? hehehehe..

Peringkat ketiga ha..korang tau tak? Kita masih berada pada teknologi peringkat kedua tau. Tapi, upgrade sikit lah dari chatting ke video chat. Taip-taip sambil tengok muka. Hmmmm... manis nya.. Hahahhahaha..

Peringat keempat dan aku kira adalah peringkat terakhir ni parah sikit sebab it's really look like korang betul-betul tengah berdating tapi secara maya la..where you all tengok muka dan dengar suara orangnya. Kita masih menggunakan teknologi peringkat kedua iaiatu menggunakan mesengger. This time upgrade lagi ke video call.. Haaa... ni korang bual lah puas-puas sambil dengar dan tengok sendiri muka bf / gf maya korang tu... Haaa.. layan sampai koma..

Tips pada peringkat ini, gunalah akaun skype..laju beb...jelas. Yang penting line internet ok la..memang dari kemalaman hinggar ke pagian la korang dating cerita, tertidur dan terbangun bersama-sama.

Moral of the story is, distance dalam cinta jarak yang jauh BUKAN SATU MASALAH LAGI    :)





















Saturday, April 9, 2011

Cukup


Cukup lah sengsara
Cukup lah derita
Cukup lah kesedihan
Cukup lah ....

Aku sudah puas sengsara
Aku sudah puas derita
Aku sudah puas bersedih
Aku sudah puas .....

Biar lah aku capai bahagia
Biar lah aku gembira
Biar lah ....


Transistor


Transistor adalah sebuah komponen elektronik yang tergolong dalam komponen aktif. Transistor ialah sejenis peranti semikonduktor yang penting penggunaannya dalam alatan elektronik. Ia berfungsi untuk meninggikan arus, voltan, dan kuasa selain digunakan sebagai suis.


Transistor mempunyai tiga kaki dan di label CBE iaitu Collector, Base dan Emitter. Transistor terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis (Negatif – Positif – Negatif)  dan PNP ( Positif – Negatif – Postitif).




Thursday, April 7, 2011

Statik


Ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di "pagi" hari.
Bagaikan perumpamaan di atas, nasibku jua ku kira begitu.. I thought i have it but i don't. Setiap kali aku menghampiri suatu kejayaan, pasti ia akan menjadi sebaliknya not long after. Am i being cursed atau kena buatan orang? Bukan sahaja harta benda malahan soal jodoh soal kesenangan soal kesihatan. Everything akan berubah once the feeling of victory i felt in my chest. I mean everytime. !!! Kata orang, mungkin ada orang yang tidak senang dengan aku buat-buat aku agar aku akan terus kekal aku hanya aku. Maksudnya, tiada pertambahan akan sedikit pun kebahagiaan. Apa yang ditinggalkan nya aku itu laha yang akan terus ada bagi aku.. Betul kah pandangan orang tu ya? Atau cuma aku yang sudah bosan dengan keadaan ini??


Sunday, April 3, 2011

Shopping Online

Shopping online ? Tau tak apa maksudnya ? Shopping online ialah aktiviti membeli produk / barangan atau perkhidmatan secara maya. Alat yang diperlukan ialah mata. Hahahahaha.. betul la..tak de mata macamana nak pilih-pilih barang kan? Shopping online juga ditakrifkan sebagai pembelian produk / barangan atau perkhidmatan dalam talian. Pembeli dan juga penjual memerlukan perkhidmatan atau juga kemudahan internet serta komputer. Bagi penjual, mereka memerlukan kamera untuk mengambil gambar produk mereka untuk diletakkan dilaman web. Penjual, apa yang penting perlu mempunyai pengetahuan asas dalam internet. Ya la kalau tak pandai nak upload gambar macamana nak letak jual barang kan?? hehehhehe...

Cakap pasal online shopping ni, dah beberapa kali dah.. Dan alhamdulillah semuan nya berjalan sangat lancar dan baranga yang sampai puas hati la..Oooo..ada satu kali tu aku beli tudung..bila tudungnya sampai, lain color..ya Allah..nak tekeluar jantung aku..dah la masa tu aku dah nak balik kampung cuti raya...memang kelam kabut la dekat opis call penjual tu dan tanya kenapa warna lain dari gmbr ?? Luckily, dia cakap minta maaf mungkin sebab lighting time dia ambil gambar tu tak ok kot.. tapi, dia syukur la tukar kepada warna tudung yang aku nak..dan aku kena la pos balik tudung yang salah warna tu.. uhuhuhuhuhu.. sebelum balik kampung tu, sempat jgk tudung tu sampai dgn aku..hehehehe...

kali ni aku online shopping baju pulak..hmmm...susah gak kalu takde pita ukur..sbbnya kena ukur badan sendiri sblm beli baju..biasanya penjual akan meletakkan saiz baju supaya mudah utk potencial buyer nak tau sama ada baju tu ngam dgn dia atau tak..

harap-harap baju kali ni ngam dan cantik !!!! huhuhuhu.... 



 

Saturday, April 2, 2011

Kapasitor

Kali ni kita belajar kapasitor yer....

Kapasitor atau pemuat merupakan alat elektrik atau elektronik yang mampu menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang pengalir (plat). Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai "mengecas", dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing.

Kapasitor biasanya digunakan dalam litar elektrik dan litar elektronik sebagai alat storan tenaga. Kapasitor juga digunakan untuk memisahkan antara isyarat frekuensi tinggi dan rendah. Oleh itu, kapasitor biasanya digunakan sebagai penapis elektronik. Kapasitor dilambangkan dengan huruf ‘C’ dalam litar skematik. Unit bacaan bagi kapasitor ialah mikro farad µF dan adalah bersamaan dengan hukum Faraday iaitu Q = C V.

Terdapat tiga jenis kapasitor iaitu kapasitor jenis elektrolitik (ada kekutuban), kapasitor jenis bukan elektrolitik (tiada kekutuban) dan kapasitor jenis boleh ubah. Kapasitor yang digunakan dalam litar skematik seperti dalam rajah 1 di atas ialah kapasitor jenis elektrolitik (ada kekutuban).