DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

I'M A NUFFNANGER !

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, May 22, 2010

Pegaga o pegaga


 letak dalam botol cola lagi tawwww..... auuuuuu.........

Napa haku buat entri ni plak yer??
Hmm..sebabnya, mak haku rasa aku dah tak sihat sangat..sikit-sikit sakit..sikit ngadu badan tak sihat...jangankan mak haku, boyprend haku pun cakap macam tu...bila becalling jer....mesti dia pegal sikit bila haku cakap kurang sihat..lemah badan...


UFO emoticon

jadi, mak haku buat jus Pegaga..hayyoo..dan paksa haku telan air jus itu...adooiii....mak cakap, ko minum air tu...supaya sihat badan...o yer, sebelum tu, haku d suru menoles wajahku dengan buih dari jus perahan pegaga tu...oles ke muka..hemm...bau nyer....


Red Fox emoticon

mudah-mudahan la haku boleh jadi sihat seperti dulu..Amin...
ha, aku dah carikan korang khasiat pegaga ni...korang bacalah yer...

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah


2 comments:

  1. hmm..yup...syukur...khasiat alam semulajadi...hehehe..

    ReplyDelete

Nak komen? Sila layan diri..