DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2011

Selamat Hari Jadi Nazaku~~



Aku sangka aku pandai sebab aku punya degree
Aku sangka aku cantik sebab aku punya rupa
Aku sangka aku hebat sebab aku punya pengalaman
Aku sangka aku ramah sebab aku banyak kawan
Aku sangka aku alim sebab aku 5 waktu
Aku sangka aku kaya sebab aku ada harta
Aku sangka aku sihat sebab aku cergas


Bersangka-sangka la wahai hati 
Bersangka-sangka la wahai jiwa
Bersangka-sangka la wahai akal


Lupa kah kau semuanya hanya sementara
Lupa kah kau bahawa orang lain juga ada yang lebih ada yang kurang??


Punya degree tidak bermaksud kau pandai
Punya rupa tidak bermaksud kau cantik
Punya pengalaman tidak bermaksud kau hebat
Punya ramai kawan tidak bermakna kau ramah
Punya 5 waktu tidak tunjuk kau alim
Punya harta tidak bermaksud kau kaya
Cergas tidak bermakna kau sihat


Pandai tidak diukur dengan degree
Cantik tidak diukur dengan rupa
Hebat tidak diukur dengan pengalaman
Ramah tidak diukur dengan ramai kawan
Alim tidak diukur dengan 5 waktu
Kaya tidak diukur dengan harta
Sihat tidak hanya diukur dengan kecergasan


Semuanya milik Nya..kau hanya diberi kesempatan memilikinya sebentar cuma
Maka, hargainya dan gunakan dengan sebaik-baiknya..


Ucapan demi ucapan aku terima di wall facebook ku..
Berbanyak terima kasih pada semua yang sudi memberi ucapan pada ku..

25 April 2011
genap usia ku yang ke 28 tahun

masih aku terkesima kerana situasinya tidak ubah seperti yang ku alami setahun yang lalu..
namun, aku tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang dari yang Maha Esa untuk terus menjalani kehidupan di Bumi Nya bukan untuk aku bersuka-suka tetapi untuk aku menambah ilmu didada dan terus mencari keredhaan Nya..

Semoga tahun ini,
aku punya perubahan yang dinanti-nantikan semua...

Mak yang tersayang masakkan aku masakan yang dia sendiri lupa apa nama masakkannya sebab dia baru tengok di rancangan memasak Chef Wan..sangat-sangat sedap..terima kasih mak..aku tidak perlu hadiah aku cuma perlu restu mu atas apa jua yang anakmu lakukan dan pilih.


Bukan tidak mampu beli kek, tapi, tahun ni aku tidak perlukan nya...Kak ipar da keluar semalam nak belikan, tapi aku menolak..sorry Na, i've just lost interest to eat cake on my birthday this year.. :)


~~~ AMIN YA RABB ~~~

2 comments:

  1. dear, aku doakan yg terbaik utkmu. aku pun sudah bbrp thn x menikmati kek hari jadi. err... aku pun sudah lupa apa rasanya menyambut hari jadi.

    ReplyDelete
  2. yes my dear...ma kasih dong..doa yg terbaek utk aku.. kapan2 ketemuan kta dua aja g mkn kek ya.. :) i wish you all the best too..

    ReplyDelete

Nak komen? Sila layan diri..