DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 18, 2011

Warna kehidupan

Ada sapa nampak langit saat azan Maghrib berkumandang di area Anjung Selera? Subhanaullah Maha Suci Allah yang menciptakan suasana langit yang penuh warna. Terkaku mindaku kala melihat keindahan langit saat berlalu di situ. Jammed jalan tidak ku hirau sudah. Hati penuh tawaduk mengucapkan kalimat kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk melihat kecantikan langit yang cukup memberi banyak pengertian kepada yang melihatnya.


Sebelum itu, hati ku tidak tenteram. Mungkin penat kerja. Mungkin juga sebab sejuta persoalan dalam fikiran yang masih belum punya jawapan pasti. Mungkin juga kerana keadaan lalu lintas yang tidak seperti biasa. Mungkin juga keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Pelbagai kemungkinan.


Saat azan berkumandang, mataku terpaku pada indahnya warna-warna yang terhidang dalam kanvas putih di atas. (Aku lebih berfokuskan pada warna awan yang penuh meliputi langit yang kebiruan). Hati yang sebelum ini tidak tenteram kembali menjadi aman, damai, sejuk. Akal ku laju mengira berapa warna yang terdapat pada kanvas putih itu. Ada warna putih, biru muda, jingga, biru tua, sedkit merah, kelabu, hijau daun (eh ni mungkin daun-daun pokok). Hatiku sibuk berzikir memuji indahnya warna-warna itu. 


Lantas akal ku menyimpulkan, begitulah juga warna-warna yang ada dalam hatiku dalam hidupku. Aku suka pada warna putih. Namun, sekadar putih tidak akan cukup untuk menyerikan suasana. Perlu ada warna-warna lain untuk menyemarakkan lagi seri hidup. Namun, jika warna-warna itu tidak disusun indah dan dibentuk semulianya, apa akan jadi pada warna putih? Kemana hilangnya dia jika warna-warna itu bermahajaralela bertabur hingga menutup keputihan dan kesucian kanvas putih?


Maha Suci Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui Akan Setiap Sesuatu. Aku mohon pada-Mu, beri aku kekuatan dan suluhkan aku jalan yang benar yang Kau redhai dalam setiap langkah ku agar aku menjadi hamba-Mu yang kamil. 


Malangnya, aku tidak sempat merakamkan detik indah itu. Gambar di bawah adalah keadaan yang lebih kurang dengan suasana indah itu.



2 comments:

Nak komen? Sila layan diri..