DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Pantun Orang Malas Solat


Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit, Setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

dipetik daripada blog tok wan


Masya Allah..aku ingin mengingatkan diriku dan kawan-kawan semua..bahawa sesugguhnya solat adalah tiang agama. Andai solat tidak kita jaga, jangan marah andai aku samakan mereka yang tidak solat sama seperti mereka yang bukan beragama Islam. Syukur lah aku lahir sebagai Islam dan insya Allah aku mati dalam Islam. Amin.

No comments:

Post a Comment

Nak komen? Sila layan diri..