DIIKLANKAN OLEH

KAWAN-KAWAN

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY NAZRIN

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

MY NAZIRA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 21, 2010

MeDsi? DPLI?


 Hello Kitty emoticon
Salam readers. Hari ni saya nak cerita pasal tajuk di atas.
Tak sangka buat seratus kalinya, saya berjaya lagi mendapatkan satu tempat untuk saya menduduki exam gila-gila tak lain tak bukan, MedSi untuk DPLI.

Buat ambilan Jun 2010, exam adalah pada 24 April 2010. Hemm....takut..sebab kali ni aku ambil test ni di tempat yang tak pernah aku jejaki. SMK Agama Inanam 2. Hayyo...dulu-dulu masa di Tawau, mesti aku dapat SMK Kuhara, Teknik atau SMK Tawau. Dan semestinya dikelilingi oleh rakan-rakan lama yang juga seperti aku mencuba nasib menjadi guru buat sekian kalinya.

Kali ni, memang lain sangat lah. Tempat baru, orang baru. Dan semoga tekad aku pun baru jugak lah. Aku sangat-sangat mengharapkan kali ni, aku berjaya. Malar, dukacita terus. Huhuhuhu.BoBo & NiNi Mouse emoticon 

Aku ada baca artikel mengenai Medsi ni. Nanti aku copy di bawah boleh korang baca-baca.

Tanjung Malim, 19 April – Mahasiswa pendidikan khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah menduduki ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dikatakan sebelum ini tidak perlu melalui ujian Inventory Sahsiah Keguruan (INSAK) di nyatakan kena melalui ujian tersebut sebagai syarat ‘posting’ bermula sebelum praktikum selepas sesi ini.

Hal ini dinyatakan oleh TNC Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr. Zakaria Kasa pada 7 Mac 2010 dalam program Muafakat Bestari Guru Pelatih Malaysia di Dewan Tan Sri Othman, UUM Sintok baru-baru ini.

Rata-rata mahasiswa yang telah melalui ujian MEdSI sebelum ini menyangka bahawa mereka tidak lagi perlu melalui ujian INSAK ternyata tersasar ekoran syarat baru dikeluarkan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber, tindakan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan enam ratus lebih pelajar UPSI yang gagal melepasi ujian INSAK dan tidak di ‘posting’ kan baru-baru ini disamping saringan teliti pihak terbabit bagi memilih calon guru yang benar-benar layak.

Dalam hal berkaitan, hingga kini mahasiswa pendidikan disini belum mendapat kesahihan dari universiti tentang hal tersebut.

Ingat, Medsi ni ada 4 bahagian iaitu :


  • Personaliti

  • Minat Kerjaya

  • Nilai Integriti

  • Kecerdasan Emosi

  •  mengandungi 300 soalan YA / TIDAK dan harus dijawab dalam masa 1 jam sahaja.

    Many GOOD LUCK to me and you out there. !!!! 

    P/S : last year pun aku ada buat entri pasal DPLI tau. Ya ampun....Klik sini !!!





    Milk Box emoticon

    No comments:

    Post a Comment

    Nak komen? Sila layan diri..