Semalam kan aku tido awal sikit. Mata mengantuk so titun la kan. Ngam-ngam midnight dah macam perang area Tebobon ni tau. Seyes macam perang. Aku ingat tahun lalu pun memang macam ni tapi aku rasa ni kali lagik dasyhat. Mungkin sebab dah makin kaya Cina tu.
Apakah perang yang aku bebelkan ni? Besalah kan Tahun Baru Cina mesti nak bakar meriam ha.. meriam kau !. Ni bukan mercun cikai-cikai yang letup-letup tu tau. Ni mengalahkan bunga api tahun baru yang selalu kita tengok malam tahun baru tu kan.. Sangat-sangat besaq dan banyak dan lama ok.. Sampai sempat aku belajar how to betul-betul dapat snap bunga api tu.. Seyes lama ok. Sana sini Cina bakar bunga api. Macam langit dah jadi siang sebab terang sangat. Ko bayangkan lah berapa ribu abis tu? Just untuk bakar-bakar ja. Tapi memang ada maksud kan dorang bakar-bakar bunga api tu.
Below 28 pic yg sempat aku tangkap. Enjoy (walau blur gilak..) :P
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..