Saman 1 - 3 tu sangat lah mendukacitakan ok.. Ni yang masih saman dolu-dolu punya.. I think should be owner yang pertama ni. Sebab tahun 2005, 2006 and 2007. Lepas tu saman pandu laju lagi tu. Dekat Kelang and Sabak Bernam. Hishhh. Tak bermoral tul owner asal keta nih. Mencii... Hmmm.. Solution, kena tulis surat lah ni dekat abang polis bayar untuk saman nomor 4 je la.. Tu pun kazen aku yang pakai.. Hishh...
Okay, back to main topic. Senang je cara nak cek saman guna SMS. Kena charge RM 0.50 setiap SMS ok. Pertama sekali :
Taip : SAMAN < NOMBOR KENDERAAN > dan hantar ke 32728
Contoh : SAMAN BHC2289 dan hantar ke 32728
Lepas tu korang dapatlah SMS dengan pantas dari abang polis. Macam di bawah ni.
Kalau banyak saman macam aku di atas, bolehlah reply SMS tu dengan,
Taip : POLIS SAMAN < NOMBOR KENDERAAN > < EMEL >
dan tekan button reply.
Contoh : POLIS SAMAN BHC2289 ****@gmail.com
dan tekan button reply.
Dengan pantas juga, abang polis akan reply SMS tu seperti di bawah:
Pastu dapatlah emel macam gambar pertama yang aku letak di atas.
Hihihihi... Senang kan? Jadey, semak-semaklah saman kereta anda sebelum memperbaharui roadtax dan insurans.. Hmmm.. Terbang lagi fulus aku kali ni.. Menciiiiiiiiii..
Apa pun, selamat mencuba..!!
Luv,
Naza.
No comments:
Post a Comment
Nak komen? Sila layan diri..