Kemarin pegi Tanjung Aru. Bukan nak pi keja tapi pegi makan jagung rebus. Boleh tahan lah sedap dia. Murah dan banyak compare yang di mall tu (bagi aku la). Kalau di mall pun aku beli jugak jagung tu (hantu jagung). hihihihihi..
Ndak da buat apa kemarin petang kan so, pi la Tanjung Aru. Makan jagung minum cola sambil tengok laut. Beshnya.. Terapi untuk hati dan minda. Banyak yang aku tengok tau. Ada satu sampan kecik tu tanpa motor hanya mendayung sendirian ke kiri dan ke kanan laut. Ndak tau apa yang dia tengok. Mungkin jugak pegi tengok pukatnya yang mungkin sangkut ikan untuk santapan malam seisi rumah. Cekal dan tabah tau orang tu. Sendirian mendayung. The power of man. The willing of survival. Sempat aku berdoa dalam hati, "Ya Allah, murahkan rezeki insan yang cekal tu."
Pas tu aku tengok adik-beradik ni tiga orang. Seorang abang dua adik perempuan. Dorang bawa papan surf yang kecik-kecik ja. Rupanya macam tu nak main benda tu. Lari-lari laju pastu lempar kedepan papan surf tu terus lompat atas papan dan surf atas air dan menuju ombak. Hehehe.. Macam tu rupanya. Beshh..
Len kali kalau nak pegi mandi laut, mesti pegi beach yang ni sebab sikit sangat orang dekat sini compare to pantai-pantai lain di Tanjung Aru ni. Hihihi.. Bila nak pegi mandi laut ni? Nak belajar berenang. Ada orang tu hobi dia berenang. Hmmmm.. tak pernah kenal orang yang suka berenang sampai kalau boleh tiap abis keja dan petang weekend pegi swimming.. Hmmm..
Ok. Enough the talking. See some pics (yang sangatlah rendah kualiti nya) yang aku sempat ambil. Plan nak tengok sunset tapi, awan sangat tebal. So, no sunset.. Hehe.. apapun, subhanaullah. Nice view.. ;p
P/S: Banyak sungguh manusia yang suka tengok kapal terbang mendarat. Seyes banyak. And it is one of the marvellous scene when the plane "touch down"..wohohohoho.. kagum guwe. (Beach tu sangatlah hampir dengan KKIA (Airasia)..
Sampah.. Hishhh.. Please don't throw your rubbish..
Tu kapal terbang MAS kali..
Kapal terbang nak landing...
Daa..
cantik..
ReplyDeleteada masa ajak sy leh?heheee
bole ba... hihi..
ReplyDelete